EP2: Asas Cloud Computing - Cloud Service Models
Belajar Cloud Service Model iaitu IaaS, Paas dan SaaS.
Sebelum ini jika anda perlu setup satu sistem, anda memerlukan hardware ataupun perkakasan seperti server dan perkakasan rangkaian. Kebiasaannya, satu server akan host satu sistem sahaja bagi mengelakkan sebarang masalah kepada sistem lain jika di host dalam server yang sama. Jadi jika anda ada 10 sistem yang berbeza, bermaksud anda memerlukan 10 fizikal server. Teknologi ni disebut sebagai Dedicated Server.
Kemudian datang teknologi Virtualization dimana satu fizikal server boleh digunakan untuk host multiple sistem menggunakan perisian Hypervisor. Setiap sistem akan berada dalam sistem pengoperasiannya yang tersendiri dan ia mewakili satu Virtual Machine ataupun disebut sebagai VM Guest.
Kemudian datang pula teknologi Virtualization Clustering untuk pastikan VM tersebut sentiasa running atau dalam istilah yang lain disebut sebagai High Availability. Teknologi ini kemudiannya ditambah baik dengan Hyperconverged dimana ia mengintegrasi kuasa pemprosesan, storan dan juga rangkaian ke dalam satu sistem yang mana ia memudahkan kita untuk menyediakan dan mengembangkan infrastruktur apabila diperlukan.
Ini semua disebut sebagai On-Premise yang bermaksud server yang kita gunakan dihoskan dalam premis kita sama ada dalam pejabat kita atau juga di datacenter. Kelebihan menggunakan on-premise ini adalah kita mempunyai milikan penuh terhadap perkakasan, perisian dan juga data yang di host dalam server kita.
Namun begitu, penyediaan on-premise server kadangkala memerlukan modal permulaan yang sangat besar dan ia boleh menelan belanja sehingga puluhan atau ratusan ribu ringgit. Anda juga memerlukan pekerja yang mahir berkaitan dengan data center dan juga mempunyai kemahiran mengkonfigurasi perkakasan yang digunakan.
Tambahan lagi, anda perlu melakukan penyelenggaraan secara berkala dan ini akan menambahkan lagi kos pengurusan dan juga tenaga buruh. Itu belum lagi termasuk kos untuk mendapatkan pengiktirafan seperti ISO dan juga ujian keselamatan dan sebagainya.
Kemudian datang teknologi yang lebih moden iaitu Cloud computing. Cloud computing membolehkan anda menggunakan infrastruktur seperti pelayan, storan dan juga rangkaian tanpa perlukan modal permulaan (CapEx - Capital Expenses). Anda cuma perlu membayar apabila anda menggunakannya (OpEx - Operational Expenses) tanpa memerlukan anda untuk menguruskan perkakasan infrastruktur tersebut.
Untuk itu, terdapat 3 model Cloud Computing:
IaaS | Infrastructure-as-a-Service
IaaS bermaksud pembekal cloud computing menyediakan anda virtual server, storage dan juga network. Anda boleh melanggan infrastruktur tanpa anda perlu beli, setup dan maintain perkakasan fizikal infrastruktur tersebut. Segala perkakasan infrastruktur tersebut dikawal selia oleh pembekal perkhidmatan cloud tersebut dan anda cuma perlu menggunakannya ataupun mengendalikannya.
Anda juga boleh gunakan dan langgan servis infrastruktur mengikut keperluan ada bila-bila masa tanpa perlukan komitment anda untuk bayar pendahuluan atau bulan-bulan. Dalam erti kata yang lain, ada cuma bayar untuk servis infrastruktur dalam tempoh masa yang anda gunakan sahaja.
Contoh penyedia IaaS adalah seperti Amazon AWS, Microsoft Azure dan juga Google Cloud Platform
PaaS | Platform-as-a-Service
PaaS pula menawarkan platfrom yang membolehkan pengguna membangun, menjalankan dan mengurus aplikasi tanpa perlu menguruskan infrastruktur seperti server, network dan sebagainya.
Ia menawarkan persekitaran untuk pembangunan dan juga penyediaan aplikasi yang lengkap dalam Cloud termasuk peralatan untuk membangunkan aplikasi seperti code editor, middleware , database dan juga runtime environment.
Pengguna PaaS mempunyai kawalan ke atas applikasi yang dibangunkan, akan tetatpi mereka tidak mempunyai kawalan keatas infrastruktur yang digunakan.
Contoh PaaS adalah AWS Lambda, Microsoft Azure App Service dan juga Google App Engine
SaaS I Software-as-a-Service
Saas memawarkan servis dalam bentuk perisian yang boleh digunakan terus melalui internet dan kebiasaanya ia memerlukan kita untuk melanggan servis tersebut. Pengguna boleh mengakses perisisan melalui web browser tanpa perlu memasang atau menyelenggara perisian tersebut dalam komputer sendiri.
Pembekal SaaS akan hoskan perisian dan juga menguruskan perisisan tersebut termasuk infrastruktur, keselamatan, rangkaian dan juga menyelenggara secara berkala.
Contoh SaaS adalah seperti Gmail, Microsoft Office 365, Netflix, Zoom dan Dropbox.
Secara kesimpulannya, IaaS menawarkan kuasa perkomputeran dalam bentuk virtualizatian. PaaS pula menawarkan platform untuk aplikasi dibangunkan dan dijalankan manakala SaaS pula menawarkan perisian dalam bentuk perkhidmatan yang boleh digunakan secara terus melalui internet dengan menggunakan pelayar web.
Setiap model menawarkan tahap milikan dan tanggungjawab bersama antara pengguna dan pembekal yang berbeza dan ianya bergantung kepada keperluan daripada bisnes untuk membolehkan kita menentukan model yang manakah lebih sesuai untuk digunakan.
Nak belajar lebih banyak daripada otai2 bidang IT?
Sertai group Komuniti Infrastruktur IT :
– Facebook :  https://www.facebook.com/groups/komunitiinfrastrukturit/
– Discord : https://discord.gg/cqUmse2qRg