EP13: Bagaimana Kebenaran Fail Linux Berfungsi?
Belajar bagaimana untuk membaca kebenaran fail dalam Linux dan arahan untuk menetapkannya.
Dalam Linux, kebenaran fail diterjemahkan dalam bentuk simbol yang menjadi penunjuk apakah kebenaran yang telah ditetapkan untuk jenis pengguna yang berbeza.
Simbol yang digunakan adalah r,w,x dan maksud bagi setiap simbol, tersebut adalah seperti berikut:
r = read (baca)
w=write (tulis)
x=execute (jalankan)
Jika anda ingin melihat kebenaran sesuatu fail dalam Linux, anda boleh menggunakan arahan “ls -l". Sebagai contoh:
user1@server:~/folder# ls -l
total 0
-rwxrw-r-- 1 user1 user1 0 May 31 10:43 file.txt
Arahan “ls -l" ini memaparkan kepada anda apakah jenis fail tersebut, apakah kebenaran yang telah ditetapkan, berapakah jumlah hard link, siapakah pemilik individu fail tersebut, apakah kumpulan pemilik fail tersebut, berapakah saiz fail, bilakah perubahan dibuat pada fail tersebut dan juga nama fail tersebut.
Berdasarkan output arahan tersebut, ia menunjukan simbol -rwxrw-r--. Terdapat 10 karakter dan ia boleh dibahagikan kepada 4 bahagian:
Karakter yang pertama merujuk kepada jenis fail.
Karakter 2 hingga 4 merujuk kepada kebenaran untuk individu pemilik fail tersebut
Karakter 5 hingga 7 merujuk kepada kebenaran untuk kumpulan pemilik fail tersebut
Karakter 8 hingga 10 merujuk kepada kebenaran untuk selain daripada individu dan kumpulan pemilik fail tersebut
Jika anda ingin mengubah kebenaran fail tersebut, anda boleh menggunakan arahan “chmod”. Sebagai contoh, anda ingin fail tersebut hanya boleh dibaca dan ditulis oleh pemilik individu fail tersebut sahaja. Anda boleh laksanakan arahan seperti berikut :
user1@server:~/folder# chmod 600 file.txt
Arahan tersebut boleh diterjemahkan kepada rw-———yang mana hanya pemilik fail tersebut sahaja mempunyai kebenaran untuk membaca dan menulis pada fail tersebut.
Penetapan kebenaran fail dalam Linux adalah sangat penting terutama dalam persekitaran sistem pengoperasian yang mempunyai banyak pengguna atau kumpulan pengguna. Ia bertujuan supaya dapat menjaga keselamatan sistem, memastikan integriti data dan juga untuk mematuhi peraturun kebenaran akses ke sistem atau data dalam sesebuah organisasi. Ini dengan cara mengawal siapa yang boleh baca, tulis atau jalankan fail-fail dalam sesebuah sistem tersebut.
Follow media sosial Inframesia di :
Facebook : https://www.facebook.com/inframesia
Instagram : https://www.instagram.com/infra.mesia/
Threads : https://www.threads.net/@infra.mesia
X : https://twitter.com/inframesia
LinkedIn : https://www.linkedin.com/company/inframesia
TikTok : https://www.tiktok.com/@inframesia
Youtube : https://www.youtube.com/@inframesia
Telegram : https://t.me/inframesia