EP19: Jenis-Jenis Rekod DNS
Belajar apakah jenis-jenis rekod DNS yang biasa digunakan dan apakan tujuan bagi setiap rekod DNS tersebut.
Rekod DNS (DNS Records) atau juga dikenali sebagai Zone File boleh difahami sebagai pangkalan data yang menyimpan dan menetapkan (pointing) sesuatu nama domain kepada nilai tertentu seperti IP address, nama domain yang lain, teks dan sebagainya.
Rekod DNS ini disimpan dalam DNS server seperti Cloudflare, Route53, CloudDNS atau juga private DNS server dan merupakan salah satu komponen penting dalam teknologi internet.
Dengan adanya rekod DNS, ia membolehkan sesuatu nama domain diberikan alamat IP server. Sebagai contoh jika anda membuat arahan nslookup inframesia.com untuk menyemak apakah alamat IP inframesia.com, ia akan memberikan anda IP 104.21.68.242 & 172.67.200.71.
Tanpa rekod DNS, sesuatu domain tidak dapat berfungsi kerana ia tidak dapat memberitahu bagaimana untuk pergi ke destinasi seperti web server. Terdapat pelbagai jenis rekod DNS yang biasa digunakan dan setiap daripadanya mempunyai fungsi yang tersendiri.
JENIS-JENIS REKOD DNS
A
Rekod DNS A merujuk kepada IP Address jenis v4. Ia digunakan untuk menetapkan IP address v4 kepada nama domain atau subdomain. Rekod DNS jenis A ini selalu digunakan kerana ia merupakan rekod DNS yang paling asas yang membolehkan sesuatu nama domain ditetapkan kepada IP server seperti web server.AAAA
Rekod DNS AAAA ini sama seperti rekod DNS A, cuma perbezaanya adalah ia digunakan untuk menetapkan IP address jenis v6 kepada nama domain ataupun subdomain.CNAME
Rekod DNS CNAME atau juga Canonical Name digunakan untuk menetapkan subdomain kepada root domain atau nama domain yang lain yang lain. Sebagai contoh, domain inframesia.com mempunyai IP address 42.190.157.185. Jika anda menetapkan subdomain blog.inframesia.com kepada inframesia.com, domain blog.inframesia.com akan mendapat IP yang sama dengan inframesia.com.
Jika IP address domain inframesia.com berubah, maka IP address untuk blog.inframesia.com juga akan berubah mengikut inframesia.com. Ini kerana subdomain blog.inframesia.com bergantung kepada domain inframesia.com.
Rekod DNS CNAME kebiasannya digunakan untuk memudahkan pengurusan pelbagai subdomain yang perlu pointing kepada IP address server yang sama dengan root domain. Ia juga digunakan untuk pointing kepada Load balancer, CDN atau servis pihak ketiga yang kebiasaanya memerlukan anda menetapkan atau pointing nama domain anda kepada nama domain mereka. Dengan itu anda boleh akses servis mereka menggunakan nama domain anda sendiri.ANAME
Secara asasnya, anda hanya boleh menggunakan CNAME untuk tetapkan atau point subdomain kepada root domain, domain lain ataupun subdomain lain.
Untuk membolehkan anda point root domain anda kepada subdomain atau root domain lain, anda perlu menggunakan rekod DNS ANAME. Rekod DNS ini bukan rekod DNS yang standard dan terdapat pada semua pembekal server DNS. Ia juga kebiasaannya ia adalah proprietary.
Sebahagian pembekal DNS server menggunakan istilah ANAME, sebahagian menyebut CNAME Flattening dan ada juga yang sebut sebagai ALIAS.ANAME boleh difahami sebagai gabungan rekod DNS A dan CNAME. Ini kerana cara untuk mencipta rekod DNS ANAME sama seperti CNAME, akan tetapi ANAME akan membolehkan rekod DNS terus resolve ke IP berbanding CNAME yang perlu melalui DNS resolution untuk target domain terlebih dahulu.
MX
Rekod DNS MX digunakan untuk menetapkan atau pointing domain kepada mail server. Ia membolehkan sesuatu email yang dihantar kepada akaun email yang dicipta daripada domain anda dapat menerima email tersebut.
Sebagai contoh, nama domain adalah inframesia.com. Jika ada seseorang menghantar email kepada user1@inframesia.com, mail server yang akan menghantar email tersebut akan menyemak terlebih dahulu apakah mail server penerima.
Maklumat ini akan diperoleh daripada rekod DNS MX, mengikut nombor priority atau keutamaan yang ditetapkan. Semakin rendah nombor prority, semakin tinggi keutamaan mail server tersebut. Anda boleh mempunyai beberapa mail server dengan nombor priority yang berbeza. Jika mail server utama mempunyai masalah, email tersebut akan dihantar kepada mail server berikutnya, mengikut turutan nomber priority.TXT
Rekod DNS TXT membolehkan anda menyimpan nilai dalam bentuk teks. Kebiasannya digunakan untuk menetapkan keselamatan email seperti Sender Policy Framework (SPF), Domain Key Identified Email (DKIM) dan Domain-based Message Authentication, Reporting & Conformance (DMARC).
Rekod DNS TXT juga digunakan untuk mengesahkan pemilikan domain. Sebagai contoh, perkhidmatan seperti Google Workspace & Microsoft 365 memerlukan anda mencipta rekod DNS TXT pada domain anda dan menetapkan nilai yang telah dikehendaki.
Kemudian rekod DNS tersebut akan disemak dan sekiranya semuanya betul, pemilikan domain anda akan disahkan dan anda boleh menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan.NS
Rekod DNS NS atau juga merujuk kepada Nameserver digunakan untuk menetapkan atau pointing nama domain atau subdomain kepada authoritative DNS server.
Ianya adalah rekod DNS yang penting dan perlu ada untuk setiap nama domain yang diuruskan oleh DNS server. Secara asasnya, default rekod DNS NS untuk sesuatu domain adalah DNS server tersebut.PTR
Rekod DNS PTR merujuk kepada Pointer. Berbeza dengan rekod DNS jenis A yang membuat pointing daripada nama domain kepada IP address, PTR digunakan untuk membuat DNS Reverse Lookup untuk mendapatkan nama domain melalui IP address.SRV
Rekod DNS SRV merujuk kepada Services. Ianya digunakan untuk menetapkan lokasi server bagi sesuatu servis. Ia memerlukan anda untuk menetapkan apakah nama servis, protokol, nama domain atau subdomain, priority, weight, port dan hostname untuk servis tersebut. Sebagai contoh :
_ldap._tcp.inframesia.com. IN SRV 10 20 389 ldap-server.inframesia.com.
_ldap: Merujuk kepada nama servis LDAP._tcp: Protokol yang digunakan iaitu TCP.
inframesia.com: Nama domain dimana servis LDAP tersebut berfungsi.
10: Priority atau keutamaan untuk rekod SRV tersebut (nombor yang lebih kecil mempunyai keutamaan paling tinggi).
5: Pemberat atau weight untuk rekod SRV tersebut (biasanya digunakan untuk load balancing).
389: Nombor port dimana servis LDAP tersebut berfungsi
ldap-server.inframesia.com: Nama domain yang membekalkan servis LDAP server tersebut.
SOA
Rekod DNS SOA merujuk kepada Start of Authority. Ia memberikan maklumat berkenaan DNS Zone. Antara maklumat yang ditetapkan dalam DNS rekod SOA ini adalah Primary nameserver, alamat email pengurus domain, serial number dan pemasa seperti refresh interval, retry interval, expire time dan TTL.
Setiap rekod DNS mempunyai tujuan dan fungsinya yang tersendiri. Untuk memahami setiap rekod DNS dengan lebih mendalam, anda boleh belajar menggunakannya dengan cara mendaftar nama domian dari mana-mana DNS registrar dan mengunakannya bersama Cloudflare sebgai DNS server secara percuma.
Sertai Channel Whatsapp Inframesia di : https://ml.my/inframesiachannel untuk dapatkan info terkini daripada Inframesia!