EP22: Server Control Panel
Belajar apa itu Server Control Panel dan bagaimana ia boleh bantu memudahkan konfigurasi server.
Untuk membolehkan anda hos satu aplikasi dalam satu server bukanlah suatu yang mudah sekiranya anda tiada pengalaman dalam konfigurasi server.
Sebagai contoh, jika anda ingin host aplikasi CMS seperti Wordpress dalam sebuah server yang berasaskan Linux, ia memerlukan anda untuk memasang dan mengkonfigurasi perisian web server seperti Apache, Nginx atau Openlitespeed. Kemudian anda juga perlu memasang perisian PHP dan juga database seperti MySQL ataupun MariaDB.
Ia mungkin akan menjadi rumit dan memakan masa bagi mereka yang baru mula belajar untuk mengenali Linux dan mengkonfigurasi server, namun pada saya itulah jalan pembelajaran yang terbaik iaitu dengan melakukan pemasangan dan konfigurasi secara manual satu persatu kerana ia akan lebih memberikan pengalaman, kefahaman dan juga meningkatkan kemahiran mengkonfigurasi server.
Setelah anda mahir mengkonfigurasi server secara manual, anda boleh menggunakan jalan 'shortcut' dengan cara memasang server control panel. Server control panel membantu anda untuk memasang segala perisian yang diperlukan untuk menjalankan aplikasi web anda di server.
Anda cuma perlu memasang aplikasi web anda sahaja tanpa perlu risaukan bagaimana cara untuk menyediakan persekitaran aplikasi anda di server tersebut.
Server control panel juga menyediakan fungsi tambahan yang memudahkan pengurusan server dan web aplikasi seperti dashboard, web application management, resources monitoring, user management, firewall manager, file manager, SSL certificate manager, cron manager, serta backup and restore.
Kebiasannya server control panel juga menyediakan fungsi 1-click auto deployment dimana dengan hanya 1 klik, anda terus boleh mendapatkan aplikasi web anda seperti laman web yang berasaskan Wordpress.
Berikut merupakan self hosted server control panel yang percuma yang anda boleh cuba :
CloudPanel : https://www.cloudpanel.io/
CyberPanel : https://cyberpanel.net/
ISPConfig : https://www.ispconfig.org/
Webmin : https://webmin.com/
VestaCP : https://vestacp.com/
Ajenti : https://ajenti.org/
aaPanel : https://www.aapanel.com/
Froxlor : https://froxlor.org/
Control Web Panel : https://control-webpanel.com/
Terdapat juga self-hosted server control panel berbayar yang datang bersama khidmat sokongan seperti :
cPanel : https://cpanel.net/
Plesk : https://www.plesk.com/
DirectAdmin : https://www.directadmin.com/
ISPmanager : https://www.ispmanager.com/
Interwox : https://www.interworx.com/
Selain itu juga, terdapat juga server control panel yang hadir dalam model Software-as-a-Service seperti :
Runcloud : https://runcloud.io/ (Buatan Malaysia)
Cloudpages : https://cloudpages.cloud/
ServerPilot : https://serverpilot.io/
Cloudways : https://www.cloudways.com/
Server Avatar : https://serveravatar.com/
Ploi : https://ploi.io/
SpinupWP : https://spinupwp.com/
Gridpane : https://gridpane.com/
Cleaver : https://cleavr.io/
Adakah server control panel sesuai untuk kegunaan production? Ya, ianya sesuai untuk kegunaan production, namun tidak semua aplikasi web sesuai untuk digunakan bersama server control panel.
Sebagai contoh, sekiranya web aplikasi anda akan digunakan dalam skala yang besar, anda mungkin akan memerlukan penggunaan bersama load balancer, atau juga perlu konfigurasi clustering atau juga perlu menggunakan modern architecture seperti microservises dan orchestration tool seperti Kubernetes yang memerlukan pemasangan khusus.
Server control panel yang manakah menjadi pilihan anda dan kenapa ?
Pastikan anda subscribe blog ini untuk membolehkan anda menerima artikel terkini terus ke inbox email anda.