Artikel untuk premium subcriber yang anda mungkin terlepas :
Artikel sebelum ini membincangkan tentang perbezaan antara RPO & RTO iaitu topik berkaitan Disaster Recovery (DR). Jika anda belum lagi membacanya, anda boleh baca di pautan berikut :
Selain daripada RTO dan RPO, strategi backup juga merupakan antara topik yang penting berkaitan dengan Disaster Recovery (DR).
Apa itu backup?
Backup ialah salinan data atau maklumat penting yang disimpan secara berasingan daripada sumber asal. Tujuannya adalah untuk memastikan data tersebut boleh dipulihkan sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan pada sumber asal.
Bagaimana strategi backup 3-2-1 berfungsi?
Strategi backup 3-2-1 adalah kaedah pengurusan backup data yang melibatkan:
3 salinan data
Salinan asal (production data)
Salinan pertama
Salinan kedua
2 jenis media penyimpanan yang berbeza. Contohnya:
External HDD
NAS (Network Attached Storage)
1 salinan disimpan di lokasi luar (off-site). Contohnya:
Storan awan (cloud storage)
Pemacu keras yang disimpan di lokasi fizikal yang berbeza
NAS (Network Attached Storage) di lokasi fizikal yang berbeza
Secara ringkasnya satu salinan asal berada pada peranti utama anda seperti server yang merupakan production data. Satu salinan backup disimpan di lokasi yang sama (on-site) dalam media penyimpanan yang lain seperti NAS. Kemudian, satu lagi salinan backup disimpan di lokasi yang berbeza (off-site) seperti storan awan.
Kelebihan strategi backup 3-2-1:
Data lebih selamat: Dengan tiga salinan, risiko kehilangan data secara kekal adalah rendah.
Perlindungan tambahan: Menggunakan dua jenis media yang berbeza dapat melindungi daripada kehilangan data disebabkan kegagalan perkakasan tertentu.
Pemulihan lebih cepat: Salinan on-site membolehkan pemulihan data yang lebih cepat jika berlaku kehilangan data.
Perlindungan bencana: Salinan off-site melindungi data daripada bencana fizikal seperti kebakaran atau banjir yang boleh menjejaskan lokasi utama.
Fleksibiliti: Boleh disesuaikan dengan pelbagai keperluan dan bajet.
Mudah diingati: Konsep backup 3-2-1 senang difahami dan mudah dilaksanakan.
Terdapat pelbagai lagi strategi backup yang boleh digunakan, namun strategi backup 3-2-1 adalah strategi umum yang kebiasaannya digunakan dan mudah untuk anda mulakan melaksanakan strategi backup.
TAJA INFRAMESIA
Newsletter Inframesia membolehkan anda menyampaikan maklumat produk atau servis anda kepada ribuan pembaca yang telah subscribe blog Inframesia yang terdiri daripada ribuan pembaca termasuk pelajar, pekerja professional dan pegawai IT dari sektor awam mahupun swasta yang mempunyai pengaruh untuk memilih teknologi ingin digunakan.
Untuk memastikan maklumat produk dan servis anda sampai kepada audien yang dikehendaki, email segera kepada admin@inframesia.com untuk menempah slot pengiklanan.
SUBSCRIBE NEWSLETTER INFRAMESIA
Belajar infrastruktur IT dengan penerangan dan infografik yang mudah difahami. Subscribe blog ini untuk membolehkan anda menerima artikel-artikel terkini terus ke email anda dan upgrade untuk dapatkan akses kepada artikel premium.