Apa itu Linux Filesystem Hierarchy?
Linux Filesystem Hierarchy (LFH) merupakan teras dalam pengurusan sistem fail Linux. Ia berfungsi sebagai panduan utama yang mengatur bagaimana setiap fail dan direktori perlu disusun dalam sistem pengoperasian Linux supaya lebih teratur dan efisien.
Dari segi piawaian dan keseragaman, LFH adalah sangat penting untuk memastikan semua pengedaran Linux (Linux distributions)mengikut struktur asas yang sama. Ini bermaksud, tidak kira apa jenis Linux yang anda digunakan, struktur asasnya tetap sama.
Keseragaman ini sangat membantu pentadbir sistem (System Admin) dalam menguruskan pelbagai sistem Linux secara serentak dan mengurangkan masalah yang mungkin timbul antara variasi Linux yang berbeza.
Dari sudut keselamatan pula, LFH telah direka untuk melindungi sistem dengan cara mengasingkan fail sistem yang penting daripada fail pengguna biasa. Ini dapat mengawal akses kepada fail dan direktori yang kritikal seperti direktori konfigurasi sistem dan juga boot. Pengasingan ini penting untuk melindungi integriti keseluruhan sistem pengoperasian daripada sebarang gangguan yang tidak diingini.
Hierarki sistem Linux dan fungsinya
Berikut adalah senarai hierarki sistem fail Linux dalam Bahasa Melayu:
/boot
Fungsi: Mengandungi fail yang diperlukan untuk memulakan sistem komputer
Contoh: Fail permulaan sistem, kernel Linux
/bin
Fungsi: Menyimpan program arahan asas yang penting untuk sistem
Contoh: Arahan seperti 'ls', 'cp', 'mv'
/etc
Fungsi: Menyimpan fail tetapan untuk seluruh sistem
Contoh: Tetapan rangkaian, tetapan pengguna
/dev
Fungsi: Mengandungi fail untuk perkakasan
Contoh: HDD, tetikus, papan kekunci
/home
Fungsi: Direktori untuk menyimpan fail peribadi pengguna
Contoh: Dokumen, muzik, gambar pengguna
/lib
Fungsi: Menyimpan perpustakaan yang diperlukan oleh program
Contoh: Fail perpustakaan yang dikongsi (shared library)
/media
Fungsi: Tempat untuk sambungan peranti mudah alih
Contoh: Flash Drive
/mnt
Fungsi: Tempat untuk meletakkan sistem fail tambahan
Contoh: HDD atau SSD tambahan
/opt
Fungsi: Untuk perisian tambahan
Contoh: Program pihak ketiga
/proc
Fungsi: Memaparkan maklumat tentang proses sistem
Contoh: Status sistem, maklumat pemproses
/run
Fungsi: Data yang digunakan semasa sistem berjalan
Contoh: Proses yang sedang berjalan
/root
Fungsi: Direktori rumah untuk pentadbir sistem (root)
Contoh: Fail pentadbiran sistem
/srv
Fungsi: Data untuk perkhidmatan yang disediakan sistem
Contoh: Fail pelayan web
/sys
Fungsi: Mengandungi maklumat tentang sistem
Contoh: Maklumat peranti, pemacu
/tmp
Fungsi: Menyimpan fail sementara
Contoh: Fail yang dicipta untuk sementara sahaja
/usr
Fungsi: Program dan data untuk semua pengguna
Contoh: Aplikasi, dokumentasi
/var
Fungsi: Data yang sering berubah
Contoh: Log sistem, log emel, data yang berubah-ubah
TAJA INFRAMESIA
Newsletter Inframesia membolehkan anda menyampaikan maklumat tentang produk atau servis anda kepada ribuan pembaca yang telah subscribe blog Inframesia yang terdiri daripada pelajar, pekerja professional dan pegawai IT dari sektor awam mahupun swasta yang mempunyai pengaruh untuk memilih teknologi ingin digunakan.
Untuk memastikan maklumat produk dan servis anda sampai kepada audien yang dikehendaki, email kepada admin@inframesia.com untuk menempah slot pengiklanan.
SUBSCRIBE NEWSLETTER INFRAMESIA
Belajar infrastruktur IT dengan penerangan dan infografik yang mudah difahami. Subscribe blog ini untuk membolehkan anda menerima artikel-artikel terkini terus ke email anda dan upgrade untuk dapatkan akses kepada artikel premium.